INFO EMAS

LAGI INFO bagi yang tak tahu mana nak mula:
apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan?

A. gold bar
kelebihan:
1. emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu.
2. Lebih menjamin simpanan.
3. harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business".
4. susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran.

kekurangan:
1. harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan.
2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank sahaja.

B. barang kemas kelebihan:
1. bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai.
2. mempunyai permintaan yang tinggi.
3. senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain)
4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan.

Kelemahan:
1. harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas.
2. ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand).
3. keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar dengan spread/susut nilai yg tinggi 20%.


Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.

tempoh masa untung?

katakan saya beli gold bar tahun 2010 100gram = rm 16 000...bilakah masa yang sesuai untuk jual?

sekiranya awak beli 100 gram RM16,000 ... lepas setahun nilai nya mungkin RM20,800. Sekali awak jual, ya' ada keuntungan besar tetapi, ia tetap menjadi wang kertas dimana apa yg anda boleh lakukan dengan 20,800 setahun lagi?. bayar deposit rumah dan habis keuntungan anda sekelip mata! Walaubagaimana pun, planning ni tetap bagus sebab dlm setahun awak hanya simpan duit berjumlah RM16k tanpa menambah wang simpanan, awak dah berjaya menghasilkan RM20,800.00 akan tetapi pada waktu itu.. sekiranya baru awak sedar, awak ingin membeli emas semula.. emas sudah naik harga.

awak akan tanya, habis dimana untungnya?;
untung bila.... awak ada Rm16,000 daripada awak beli sekeping akan berlaku perkara diatas awak
tukar strategy kepada;

harga anggaran hari ini:
50 gram RM7,900 x 1 keping = RM7,900
20gram RM3160 x 3 keping = RM9,480
jumlah = 17,380

apa yg perlu anda lakukan;

100gram | sebagai asset didalam pelaburan hartanah yg lebih selesa, berdasarkan tahap hartanah yg ingin kita beli. Boleh juga dijadikan pusingan modal untuk berniaga. Ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi atau proses yang makan masa untuk buat loan. Tambah pula interest yg tinggi. Dengan pajak 100 gram, upah simpan RM0.75/RM100, boleh dijadikan pusingan modal jangka masa singkat tanpa masalah birokrasi pihak bank. Malah bagi yang pentingkan HALAL dan HARAM.. maka ini salah satu jalan yg paling Halal menjalankan perniagaan tanpa melibatkan RIBA.

50 gram | sebagai aset... untuk pelaburan hartanah (beli dan sewakan) selepas beberapa tahun nilai berganda

20 gram | sebagai sandaran untuk keadaan mendesak - pendidikan anak-anak/hospital

20 gram | sebagai backup plan (pajak bila perlu dapatkan cash) setakat nak pakai wang RM2-3k.. dari kita pakai credit card dgn interest tinggi, kita boleh pusing keperluan wang kertas dengan harta sendiri tanpa masalah birokrasi bank sekiranya kita mahu membuat loan. Kita juga boleh mengelak RIBA.

20 gram | jana keuntungan untuk jangka masa singkat tunggu harga naik, beli RM3160.00, lepas setahun JUAL RM4,108.00 (berdasarkan kenaikan paras PURATA 30%). Untung RM948.00

Aku copy paste jer dari forum...

semua yg saya sebut diatas bleh diolah berdasarkan keperluan masing2. terpulang. Jadi bila dah tahu.... nak ker kita jual?... atau kita biar dalam simpanan dan jamin kesenangan masa hadapan. Tunggu nilai betul2 naik, boleh buat pelaburan hartanah, rumah yg lebih besar untuk anak-anak.. atau beli flat untuk disewakan, dapat duit bulan-bulan. dan selebihnya simpan sahaja, tengok emas kita naik harga lagi, lagi dan lagi.. lagi lama simpan lagi tinggi nilai, bila nilai dah tinggi, fikir pelaburan apa yg kita mahu untuk menjana simpanan diatas simpanan tadi.

Jadi bila ada duit, jangan beli seketul.. tapi pecah-pecahkan pelaburan kita, agar setiap satu bersebab dan boleh dijual secara berperingkat mengikut keuntungan yg kita mahu seperti yang dikatakan diatas.

* diatas berdasarkan kenaikkan emas.. sekiranya kenaikkan emas tidak begitu memberasangkan maka kita simpan sahaja dulu emas.. anggap sahaja masa non-peak




LAGI contoh
Ni ada satu cara yg aku jumpe..tak tahu betul ke tak,mungkin boleh dibincangkan

.
Step 1 – Beli Emas 20gram.. Kalau ikut harga sekarang bernilai RM2,636.00 (30/3/2010 jam 6.00 petang)
Step 2 - Agro Bank akan memberi 60% daripada harga semasa (**rate semasa Agrobank untuk emas 999.9 adalah RM118/gram).. So kalau kita pajak 20gram akan dapat nilai marhum RM2,360.00.. So nilai pajakan kita dapat adalah kiraan ini (RM2,360 x 60% ) = RM1,416.00
Step 3 - Dengan baki tersebut kita beli lagi emas 1 Dinar sebanyak 2 keping.. (RM545 x 2 = RM1,090.00) .. So baki di tangan adalah (RM1,416.00 – RM1,090.00) = RM326 baki di tangan….
Step 4 – Dengan 2 Dinar tadi kita pergi lagi pajak… Untuk emas grade 916, rate agrobank lebih kurang RM108.30/gram jadi 1 dinar beratnya adalah 4.25 gram. So, kiraan adalah (RM108.30 x 8.50gram = RM920.55).. Dengan nilai (RM920.55x 60%) dapat la dlm tangan lebih kurang RM552.33.. so total di tangan RM552.33+RM326 = RM878.33...
Step 5 – Dengan RM878.33 tadi.. kita beli lagi 1 Dinar.. So baki di tangan tinggal (RM878.33-545) = RM333.33 ringgit... simpan baki wang utk tujuan tebus balik emas..
step 6?? tak perlu gik dah… simpan emas 1 dinar di tangan..

Kaedah mengira upah simpan:
1. Untuk emas 20gram.. (0.6 x RM2,360) bahagi 100 = RM14.16 sen SEBULAN
2. Dua keping emas 1 Dinar.. (0.6 x RM920.55) bahagi 100 = RM5.52 sen SEBULAN

Tempoh tebus emas pajakan Agrobank adalah 6+3+2 bulan .. TOTAL 11 bulan..
So, dengan andaian kita simpan selama 11 bulan di Agrobank.. Kiraan perlu ditebus balik adalah:
1. RM1,416 + (RM14.16 x 11 bulan) = RM1,571.76
2. rm920.55+ (RM5.52 x 11 bulan) = RM981.27
Totalnya adalah (RM1,571.76 + RM981.27) = RM2553.03
Since kita ada baki di tangan sebanyak RM333.33 .. (RM2553.03 – RM333.33 = RM2,219.70)

** Maksudnya di sini ialah kita perlu menebus RM2,219.70 untuk tempoh 11 bulan..
Macam mana nak tebus balik dan dapat keuntungan.. Di sini ada dua cara:

1. Tebus satu-satu dari bawah (tebus 1 Dinar, jual balik).. sehingga kita menebus 20 gram kemudian jual dengan dealer dan dapat keuntungan..
p/s: setahun emas naik paling kurang 20%…

2. Kaedah kedua saya HIGHLY RECOMMEND.. Ok, jumlah yang kita perlu tebus adalah … RM2,219.70
So, utk tempoh 11 bulan tersebut.. kita cuma perlu simpan (RM2,219.70 bahagi 11 bulan) = RM201.80 sebulan
Jumlah emas yang kita ada sekarang adalah 1 keping 20 gram & 3 keping 1 Dinar bernilai lebih kurang RM4,200.00 ..

Kita perlu ingat, harga emas naik lebih kurang 20% setahun… So, RM4,200 x 20% emas kita pada hujung tahun akan mencapai nilai lebih kurang RM5,040…

p/s: Seolah2 anda simpan RM500 sebulan utk tempoh 11 bulan… =)