EMAS G LAWAN EMAS P


kepada editor : mohon share info ini ......terima kasih.






GCP vs PG?? Nampaknya semakin panas isu-isu antara GCP dan PG yang timbul, memandangkan 2 syarikat ini merupakan antara yang terkemuka sebagai pembekal emas di Malaysia. Post ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, cuma untuk mengkaji keberkesanan produk, servis dan juga feedback dari dealer2 yang terlibat secara langsung.
1. Bayaran minimum untuk menjadi dealer
Untuk GCP, yuran minimum adalah RM600 tetapi dealer tidak mendapat apa-apa di atas bayaran tersebut. Amaun ini adalah kos pendaftaran seumur hidup GCP.
Bagi PG pula, bayaran minimum untuk menjadi 'normal dealer' adalah RM20k, yang mana wang itu adalah pembelian emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas.

2. Perbezaan produk GCP dan PG
Mengenai produk pula, GCP menawarkan produk-produk emas 999 bermula dari dinar GCP, rantai tangan pelbagai berat, PAMP Suisse 5g, 10g, 20g , 50g, 100g, 500g dan 1000g
(tak jual dah 16/02/2011), dan yang terbaru gold bar GCP 10g, 20g, 50g dan 100g.
PG menawarkan gold bar 20g, 50g, 100g dan 250g, silver bar 250g, 500g dan 1kg, public dinar 1D, 5D dan 10D, dan juga barang-barang kemas Public Jewellery.
3. Komisen agen atau dealer
GCP menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
Bagi PG pula, komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.

4. Overriding Introducer/Master Dealer
Overriding GCP adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
Bagi PG, overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND 

yang ditajanya.


5. Perbezaan harga GCP dan PG

Harga website GCP, ini adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price. PG pula, harga dealer adalah 1-2% less than web price. Anda bandingkan, harga dan spread.. wang anda, pilihan anda..
6. Buying procedure
GCP hanya mengemaskini harga setiap hari sekali, 10:00 am. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.

7. Service provided
GCP menawarkan penghantaran ke pintu rumah, belian balik dan modal seandainya dealer ingin 'buyback' dari customer.
PG pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up oleh dealer sendiri.

Kesimpulan
Sebagai seorang pembeli atau penyimpan, semestinya kita inginkan emas yang memenuhi kriteria impian kita. Namun, kepada pembekal seperti GCP dan PG, haruslah diingat, dealer dan customer anda terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, tahap pendidikan dan latar belakang. So, semua dealer pasti mengharapkan tahap professionalism yang tinggi daripada pembekal sama ada dari sudut kos pendaftaran, kemampuan menyediakan stok, kebajikan para dealer dan perkara-perkara yang berkaitan. 
Bagi introducer/Master dealer pula, jalankanlah tanggungjawab anda sebagaimana diamanahkan. Ternyata memang ada introducer/Master Dealer yang langsung tak ambil pot hal dealer-dealer mereka. Kepada GCP dan PG, sila monitor dealer-dealer anda agar menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik.
Dari sudut peribadi pula, saya merasakan GCP mengambil tindakan bijak dengan melancarkan produk goldbar 10g dan 20g mereka pada ketika PG menutup jualan goldbar mereka.
Jangan sampai ada orang bertanya "Kenapa ramai dealer kita join company tu??".
Ini adalah pandangan peribadi saya, sekadar mencerahkan pandangan orang awam ke atas isu2 antara dealer. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas. Seandainya ada pandangan yang berbeza, sila komen... no heart feelings!!
Buat yang baru dan mahu mengenali emas, sama ada GCP atau PG, boleh contact saya di 012-6638018 atau hubungi saya di FB