Thursday, April 7, 2011

Meminimumkan Upah Simpan

a) Pembayaran ansuran
         Kos dapat dikurangkan jika kita dapat menyelesaikan pinjaman itu dalam masa yang singkat. Antaranya dengan membuat pembayaran ansuran setiap bulan. Bergantung kepada target kita, berapa lama kita ingin melangsaikan pinjaman itu. Adakah dalam masa 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan atau beberapa bulan yang kita tetapkan tanpa melihat kepada kenaikan harga emas. Cara ini dapat mengelakkan kerumitan kita untuk membayar diwaktu akhir pajakan.

b) Pinjaman wang 
         Melalui pinjaman daripada kenalan terdekat atau saudara-mara. Buat pajakan emas pada bulan pertama. Selepas itu pada bulan kedua atau bulan seterusnya, kita pinjam wang daripada saudara-mara. Dapat wang tersebut, tebuslah emas itu. Jika emas itu menghasilkan keuntungan, kita jual atau pajak kembali emas itu untuk membayar balik wang pinjaman itu. Jikalau harga emas tidak naik dan tidak mendatangkan keuntungan, pajak kembali emas tersebut untuk membayar wang pinjaman kita itu.

c) Surat pajak
         Surat pajak juga berguna kepada kita, walaupun belum mendatangkan untung yang maksimum. Bagi mengurangkan upah simpan, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang atau untuk kita jual emas itu. Jika hendak jual, kita dapatlah sedikit keuntungan, tetapi kita kehilangan emas. Tetapi yang paling baik, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang dan tebus kembali emas tersebut. Setelah dapat emas itu, kita pajakkan kembali untuk mengembalikan wang yang dipinjam itu. Di sini upah simpan dapatlah dikurangkan.

d) Tebus satu demi satu
Kaedah tebus satu demi satu juga dapat mengurangkan kos/ upah simpan. Apabila semakin kurang emas yang dipajak di ar-rahnu maka upah simpanpun turut berkurang. Sebagai contoh, kita pajakkan 6 utas rantai emas pada mulanya. Setelah sebulan, kita tebus satu atau dua utas rantai emas dahulu. Kemudian di bulan yang lain, kita tebus pula baki rantai yang kita pajak di ar-rahnu. Proses ini diulang-ulang sehingga habis emas yang kita pajak itu. Cara ini dapatlah mengurangkan kos penyimpanan emas di ar-rahnu.

e) Pajak beli pajak.
         Kaedah ini adalah yang terbaik. untuk mengurangkan kos pajakan, kita gunakan 2 pajakan yang berbeza. Nak guna lebihpun boleh. Caranya, kita bahagikan kepada 2 bahagian emas. Contoh, kita mempunyai 6 goldbar seberat 20g. Kita pecahkan kepada:-

i) Pecahan (3/3)
        Untuk pecahan 3/3. Kita pajakkan 3 ketul emas pertama dahulu. Cukup 15 hari, kita pajak 3 ketul lagi untuk tujuan menebusnya. Dapatlah 3 ketul yang kita pajak dahulu. Setelah 15hari lagi, kita tukarkan pula dengan  pajakan 3 ketul untuk menebus 3ketul emas itu. Perkara ini diulang-ulang sehinggalah harga emas itu meningkat. Setelah meningkat. kita boleh jual atau pajak semula untuk dapatkan lebihan duit sebagai keuntungan.

ii) Pecahan 1/5
       Kaedah ini, boleh digunakan dan ianya mendatangkan keuntungan yang maksimum. Caranya ialah dengan memajak 5ketul emas terlebih dahulu. Setelah dapat duit pajakan, beli emas dengan duit pajakan itu (dapatlah 4 ketul jika tambah duit sikit). Sekarang emas ditangan kita sebanyak 5ketul. Emas 5 ketul itu, kita pajakan semuanya. Dapatlah wang hasil pajakkan itu. Setelah 15 hari, kita tebus kembali emas 5ketul yang pertama dengan duit tersebut.Cara pajakkan ini diulag-ulang setiap 15hari sehingga emas itu naik harganya. Setelah naik harga, jual 4/5 ketul emas yang ada di tangan untuk menebus emas di ar-rahnu. Di sini kita mempunyai emas di tangan sebanyak 5/6 ketul.

         Semua cara yang dinyatakan di atas memerlukan pemahaman yang sebaiknya dan panduan yang jelas daripada penulis. setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan buat saudara-saudari sekalian.

Kesimpulan.
       Untuk meminimumkan upah simpan di ar-rahnu sebelum menantikan kenaikan harga emas. kita perlu mencari cara yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan kita. Semua kaedah yang dinyatakan itu dapat dipraktikkan jika kita mempunyai disiplin dan ilmu berkaitan pengurusan kewangan.

No comments:

Post a Comment