Saturday, April 23, 2011

Thursday, April 7, 2011

Meminimumkan Upah Simpan

a) Pembayaran ansuran
         Kos dapat dikurangkan jika kita dapat menyelesaikan pinjaman itu dalam masa yang singkat. Antaranya dengan membuat pembayaran ansuran setiap bulan. Bergantung kepada target kita, berapa lama kita ingin melangsaikan pinjaman itu. Adakah dalam masa 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan atau beberapa bulan yang kita tetapkan tanpa melihat kepada kenaikan harga emas. Cara ini dapat mengelakkan kerumitan kita untuk membayar diwaktu akhir pajakan.

b) Pinjaman wang 
         Melalui pinjaman daripada kenalan terdekat atau saudara-mara. Buat pajakan emas pada bulan pertama. Selepas itu pada bulan kedua atau bulan seterusnya, kita pinjam wang daripada saudara-mara. Dapat wang tersebut, tebuslah emas itu. Jika emas itu menghasilkan keuntungan, kita jual atau pajak kembali emas itu untuk membayar balik wang pinjaman itu. Jikalau harga emas tidak naik dan tidak mendatangkan keuntungan, pajak kembali emas tersebut untuk membayar wang pinjaman kita itu.

c) Surat pajak
         Surat pajak juga berguna kepada kita, walaupun belum mendatangkan untung yang maksimum. Bagi mengurangkan upah simpan, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang atau untuk kita jual emas itu. Jika hendak jual, kita dapatlah sedikit keuntungan, tetapi kita kehilangan emas. Tetapi yang paling baik, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang dan tebus kembali emas tersebut. Setelah dapat emas itu, kita pajakkan kembali untuk mengembalikan wang yang dipinjam itu. Di sini upah simpan dapatlah dikurangkan.

d) Tebus satu demi satu
Kaedah tebus satu demi satu juga dapat mengurangkan kos/ upah simpan. Apabila semakin kurang emas yang dipajak di ar-rahnu maka upah simpanpun turut berkurang. Sebagai contoh, kita pajakkan 6 utas rantai emas pada mulanya. Setelah sebulan, kita tebus satu atau dua utas rantai emas dahulu. Kemudian di bulan yang lain, kita tebus pula baki rantai yang kita pajak di ar-rahnu. Proses ini diulang-ulang sehingga habis emas yang kita pajak itu. Cara ini dapatlah mengurangkan kos penyimpanan emas di ar-rahnu.

e) Pajak beli pajak.
         Kaedah ini adalah yang terbaik. untuk mengurangkan kos pajakan, kita gunakan 2 pajakan yang berbeza. Nak guna lebihpun boleh. Caranya, kita bahagikan kepada 2 bahagian emas. Contoh, kita mempunyai 6 goldbar seberat 20g. Kita pecahkan kepada:-

i) Pecahan (3/3)
        Untuk pecahan 3/3. Kita pajakkan 3 ketul emas pertama dahulu. Cukup 15 hari, kita pajak 3 ketul lagi untuk tujuan menebusnya. Dapatlah 3 ketul yang kita pajak dahulu. Setelah 15hari lagi, kita tukarkan pula dengan  pajakan 3 ketul untuk menebus 3ketul emas itu. Perkara ini diulang-ulang sehinggalah harga emas itu meningkat. Setelah meningkat. kita boleh jual atau pajak semula untuk dapatkan lebihan duit sebagai keuntungan.

ii) Pecahan 1/5
       Kaedah ini, boleh digunakan dan ianya mendatangkan keuntungan yang maksimum. Caranya ialah dengan memajak 5ketul emas terlebih dahulu. Setelah dapat duit pajakan, beli emas dengan duit pajakan itu (dapatlah 4 ketul jika tambah duit sikit). Sekarang emas ditangan kita sebanyak 5ketul. Emas 5 ketul itu, kita pajakan semuanya. Dapatlah wang hasil pajakkan itu. Setelah 15 hari, kita tebus kembali emas 5ketul yang pertama dengan duit tersebut.Cara pajakkan ini diulag-ulang setiap 15hari sehingga emas itu naik harganya. Setelah naik harga, jual 4/5 ketul emas yang ada di tangan untuk menebus emas di ar-rahnu. Di sini kita mempunyai emas di tangan sebanyak 5/6 ketul.

         Semua cara yang dinyatakan di atas memerlukan pemahaman yang sebaiknya dan panduan yang jelas daripada penulis. setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan buat saudara-saudari sekalian.

Kesimpulan.
       Untuk meminimumkan upah simpan di ar-rahnu sebelum menantikan kenaikan harga emas. kita perlu mencari cara yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan kita. Semua kaedah yang dinyatakan itu dapat dipraktikkan jika kita mempunyai disiplin dan ilmu berkaitan pengurusan kewangan.

Pelaburan Emas Yang Berlandaskan Syariah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan pelaburan emas yang boleh kita pilih. Di bawah ini adalah artikel yang di bincangkan oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman dengan panjang lebar. Oleh yang demikian, kita perlulah memilih pelaburan yang syariat islam agar rezeki dan pelaburan yang kita lakukan diradhai Allah s.w.t.
Berikut adalah perbincangan beliau,..dipetik dari web UZAR

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :- 

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya). 

• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 


DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal'tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.


4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia. 

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

sekian.

Emas Sebagai Kad Kredit

Salam pertemuan buat pembaca blog ini.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan emas dalam kehidupan harian kita. Kebanyakkan orang di zaman sekarang mesti mempunyai satu atau lebih kad kredit. Tidak kiralah daripada bank mana sekalipun. Penggunaan yang mematuhi syarat dan bijak menguruskannya akan dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalah kewangan masing-masing. Tapi jika disalah gunakan atau berbelanja tanpa mengira kemampuan maka ia menjerat diri seseorang ke lembah hutang yang semakin menggunung. Jika tidak dijelaskan hutang yang dipinjam atau membayar minimum daripada jumlah hutang. Maka interest akan dikenakan oleh bank. Semakin gagal kita menjelaskannya dalam masa yang ditetapkan iaitu lebih kurang 28 hari (tanpa dikenakan caj), maka interest caj akan dikenakan kepada pemilik kad tersebut.Kita dapat mengatasi masalah ini jika kita mempunyai emas sama ada dalam bentuk barang kemas, bar ataupun dalam bentuk dinar.  Berikut berapa kaedah yang boleh kita gunakan:-



a) Jika mempunyai emas.
Kita boleh gunakan emas bagi mengantikan kad kredit. Caranya dengan memajak emas itu di ar-rahnu. Setelah dapat wang tersebut, bolehlah kita gunakannya sepertimana kita guna kad kredit. Kelebihannya, kita diberi tempoh selama 6 bulan untuk selesaikan pinjaman kita itu. Upah simpan akan dikenakan oleh ar-rahnu tersebut. Tapi upahnya jauh lebih rendah berbanding caj yang dikenakan oleh kad kredit. Kita juga boleh membayarnya secara ansuran. Jika tidak mampu, maka pihak ar-rahnu sedia menambah bulan pinjaman iaitu (3+2 bulan). Apabila dah langsaikan pinjaman itu, kita akan dapat semula emas kita berbanding kad kredit yang tidak dapat apa-apapun.

b) Jika tidak mempunyai emas, tapi ingin menjelaskan hutang kad kredit.
Duit yang ada dalam simpanan, belilah emas terlebih dahulu. Kemudian pajakkan di ar-rahnu. Wang diperoleh daripada ar-rahnu, selesaikanlah hutang tersebut. Jangan berbelanja dengan duit tuu,..nanti bertambah pulak hutang. Dah selesaikan hutang kad kredit, barulah beransur-ansur tebus emas tersebut. Apabila habis bayar, dapatlah balik emas tersebut.



Kesimpulannya.

Penggunaan emas bagi mengantikan kad kredit memberi banyak kebaikan antaranya:
a) Upah atau caj yang dikenakan oleh ar-rahnu jauh lebih rendah berbanding caj oleh bank (kad kredit)
b) Dapat menjelaskan pinjaman dalam tempoh lebih lama berbanding kad kredit. Dimana jika penggunaan kad kredit, caj semakin tinggi apabila masa yang diambil menjelaskan hutang itu terlalu lama.
d) Selesai pembayaran pinjaman/hutang, pemilik akan mendapat emas yang ditebusnya kembali berbanding kad kredit yang tidak memberikan apa-apa setelah selesai hutang.
e) Emas yang disimpan di ar-rahnu itu akan semakin meningkat harganya. Pelaburan yang menguntungkan di masa hadapan.

Thursday, February 10, 2011

Member-member beli stok emas



kawan aku ambil stok tadi. 70gm semua sekali harga lebih kurang RM 10780.

100gm gcp gold bar ready untuk tempahan

Ni ada satu cara yg aku jumpe..tak tahu betul ke tak,mungkin boleh dibincangkan

Anda hanya perlu bukak kalkulator handphone.. dan check harga semasa di sini  sebagai panduan….
Step 1 – Beli Emas 20gram.. Kalau ikut harga sekarang bernilai RM2,636.00 (30/3/2010 jam 6.00 petang)
Step 2 - Agro Bank akan memberi 60% daripada harga semasa (**rate semasa Agrobank untuk emas 999.9 adalah RM118/gram).. So kalau kita pajak 20gram akan dapat nilai marhum RM2,360.00.. So nilai pajakan kita dapat adalah kiraan ini (RM2,360 x 60% ) = RM1,416.00
Step 3 - Dengan baki tersebut kita beli lagi emas 1 Dinar sebanyak 2 keping.. (RM545 x 2 = RM1,090.00) .. So baki di tangan adalah (RM1,416.00 – RM1,090.00) = RM326 baki di tangan….
Step 4 – Dengan 2 Dinar tadi kita pergi lagi pajak… Untuk emas grade 916, rate agrobank lebih kurang RM108.30/gram jadi 1 dinar beratnya adalah 4.25 gram. So, kiraan adalah (RM108.30 x 8.50gram = RM920.55).. Dengan nilai (RM920.55x 60%) dapat la dlm tangan lebih kurang RM552.33.. so total di tangan RM552.33+RM326 = RM878.33...
Step 5 – Dengan RM878.33 tadi.. kita beli lagi 1 Dinar.. So baki di tangan tinggal (RM878.33-545) = RM333.33 ringgit... simpan baki wang utk tujuan tebus balik emas..
step 6?? tak perlu gik dah… simpan emas 1 dinar di tangan..

Kaedah mengira upah simpan:
1. Untuk emas 20gram.. (0.6 x RM2,360) bahagi 100 = RM14.16 sen SEBULAN
2. Dua keping emas 1 Dinar.. (0.6 x RM920.55) bahagi 100 = RM5.52 sen SEBULAN

Tempoh tebus emas pajakan Agrobank adalah 6+3+2 bulan .. TOTAL 11 bulan..
So, dengan andaian kita simpan selama 11 bulan di Agrobank.. Kiraan perlu ditebus balik adalah:
1. RM1,416 + (RM14.16 x 11 bulan) = RM1,571.76
2. rm920.55+ (RM5.52 x 11 bulan) = RM981.27
Totalnya adalah (RM1,571.76 + RM981.27) = RM2553.03
Since kita ada baki di tangan sebanyak RM333.33 .. (RM2553.03 – RM333.33 = RM2,219.70)

** Maksudnya di sini ialah kita perlu menebus RM2,219.70 untuk tempoh 11 bulan..
Macam mana nak tebus balik dan dapat keuntungan.. Di sini ada dua cara:

1. Tebus satu-satu dari bawah (tebus 1 Dinar, jual balik).. sehingga kita menebus 20 gram kemudian jual dengan dealer dan dapat keuntungan..
p/s: setahun emas naik paling kurang 20%…

2. Kaedah kedua saya HIGHLY RECOMMEND.. Ok, jumlah yang kita perlu tebus adalah … RM2,219.70
So, utk tempoh 11 bulan tersebut.. kita cuma perlu simpan (RM2,219.70 bahagi 11 bulan) = RM201.80 sebulan
Jumlah emas yang kita ada sekarang adalah 1 keping 20 gram & 3 keping 1 Dinar bernilai lebih kurang RM4,200.00 ..

Kita perlu ingat, harga emas naik lebih kurang 20% setahun… So, RM4,200 x 20% emas kita pada hujung tahun akan mencapai nilai lebih kurang RM5,040…

p/s: Seolah2 anda simpan RM500 sebulan utk tempoh 11 bulan… =)



Thursday, February 3, 2011

BLOG UNTUK BELI DAN JUAL EMAS

SILA KLIK PADA DINAR 999, RANTAI TANGAN 999 DAN GOLDBAR DI ATAS
UNTUK PERTANYAAN HARGA SILA HUBUNGI/SMS
 NAS 012-6638018